4 Utama

Friday, February 15, 2013

Profile Ustazah hafsah








Ustazah Hafsah Ahmad adalah seorang pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit 
misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada larkin, johor. Mendapat pendidikan awal di sek. Keb. Larkin 1 dan sek. Keb. Aminuddin Baki. Kemudian beliau mula berkerja di majlis pembandaran pasir gudang sebagai pengurus jenazah wanita. Beliau juga adalah salah seorang guru al-quran . Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada guru-gurunya bernama Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam malaysia) dan juga Al-fadhil Ustaz Sharhan Shafie ( tersohor di kalangan mua’lij perubatan Islam malaysia ).




Beliau menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam iaitu Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din pada Tahun 1999 dan seterusnya beliau meneruskan menuntut ilmu dengan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie Selama 3 Tahun .Setelah Beliau Mendapat Tauliah dan Pengijazahan Dari
Guru Guru beliau. kini beliau mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan mengenai Perubatan Islam Di Sektor-Sektor Awam Dan Di Masjid-Masjid .Beliau Juga Telah Mendapat Tauliah Dari Jabatan Agama Islam Johor ( JAIJ ) sebagai penceramah Dan perawat dalam perubatan islam .  

                             ANTARA TAJUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

* Rahsia Perubatan Islam/Menyingkap Rahsia Jin & Syaitan (Alam Jin).

* Menangkis kejahatan Ilmu Hitam (JENIS SIHIR)/Angkara Jin /sihir
 Rumahtangga Hancur.

* Penyakit gila, Barah, Lumpuh (Rihul Akhmar) & Penyembuhan.

* Santau, Racun & Rawatan.

* Pukau & Benteng diri.

* Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan.

* Histeria, Rasuk & Rawatan.

* Susuk, jenis susuk, Tanda-Tanda & Rawatan.

* Pagar Rumah & Benteng diri.

* Khurafat dalam amalan rawatan

* AL-QURAN sebagai panduan/penawar.

* Ayat-Ayat Ruqyah/Pengijazahan.


Jika terdapat pihak yang ingin menjemput bagi mengadakan kuliah atau tazkirah amat dialu-alukan.semoga dengan kerjasama kita dapat membantu orang-orang yang memerlukan dengan ilmu dari al-quran sebagai penyembuh.

No Telephone yang boleh dihubungi:  No Pejabat : +607- 5859780       
                                                           Ustaz Mohd Najib  +6019-7942585
                                                           Ustaz Yazid : +6013-7228155